biodata


Seorang jejaka bernama Nasrul Afzal B. Abd. Jamil telah di lahirkan pada 17.5.1998 di Hospital Besar Teluk Intan. Kini, dia telah berumur 18 tahun namun tetap seksi. seorang individu yang peramah dan gila-gila (dengan sesetengah orang sahaja). Hanya seorang manusia biasa dengan dua pasang mata dan telinga. menghadapi masalah dalam mengawal diri daripada menggenggam pensil,membaca novel,melalak di dalam tandas seperti kucing tercekik tulang dan menulis. Kegilaannya terhadap seni menandingi segala rintangan walau bumi terbelah dua,langit jatuh dan laut kontang (hiperbola)
Cinta akan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Hidup dalam keluarga bahagia. Dia tidak pernah kisah akan haters dan tetap dengan pendirian sendiri. Sentiasa bersyukur dengan anugerah tuhan yang telah mewarnai dunianya. Hitam putih kehidupannya telah diganti dengan kegembiraan yang dibawa oleh kawan karibnya iaitu Najwa, Jannah, Ekin, Ena, Zul dan Syafie. Cuba untuk menjadi seorang Pakcik yang sukses dan disayangi anak buah.
Hidup melakukan kesilapan namun tidak pernah terus jatuh dibawa arus kegagalan. Baginya,tiada apa yang lebih menarik daripada menerokai dunia luar di mana realiti seringkali pahit untuk ditelan. Walau bagaimanapun, tetap seksi dan kurlasss. sekian.

About this blog: blog ini adalah blog kali ke-5 saya buat. selama ni buat blog, post , delete. itu sajalah yang terjadi. Kadangkala saya cepat bosan jadi saya dapat idea untuk aplikasikan lukisan saya dalam setiap post. Blog ini akan update tentang recipe, review sesuatu produk dan my daily life story. Hope everyone enjoyed to be here.